Penulis bergegas ke Jawa Timur untuk mendaftarkan ke Pondok Madani. Masa pendaftaran Pondok Madani akan ditutup dalam masa empat hari dan perjalanan ke Jawa Timur mengambilkan masa tiga hari. Penulis menaiki bas ANS yang berhawa dingin dan ada tayangan video. Penulis dapat menonton filem Rambo: The First Blood Part II kerana Pakcik Muncak ada kaset video filem itu dan membenamkannya ke pemutar video.
Semasa perjalanan itu, ayah penulis berbual dengan seorang saudara kain yang bernama Pak Sutan. Mereka berbual tentang pendaftaran penulis ke Pondok Madani. Penulis sedang tidur-tidur ayam dan mendengar Pakcik Sutan mengatakan bahawa Pondok Madani adalah tempat untuk budak-budak nakal.
Apabila Bas ANS tiba di Terminal Ponorogo, penulis dan ayahnys ternampak sebuah papan tanda, "Ke Pondok Madani". Seorang lelaki yang bernama Ismsil Hamzah Maluku berdekati mereka dan menyuruh mereka mengikutinya jika mahu mendaftarkan masuk Pondok Madani.
No comments:
Post a Comment