Wednesday 22 May 2013

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013

Peperiksaaan pertengahan tahun telah lalu dan saya tidak mendapat markah yang baik. Saya tidak mengkaji subjek-subjek dan hanya dapat A1 untuk subject Matematik. Saya telah mendapat 56/60 untuk Matematik. Saya bernasib baik kerana tidak gagal apa-apa subjek.

Tuesday 5 March 2013

Negeri 5 Menara: Bab Kelima

Pelajaran pertama yang penulis belajar adalah Man Jadda Wajadah. Ia dalam Bahasa Arab dan bermakna Siapa yang bersungguh-sungguh, dia berjaya. Selepas itu, semua pelajar disuruh pergi ke kelas-kelas masing-masing. Penulis pergi ke kelasnya, 1A. Pelajar-pelajar disuruh mempernalkan diri di hadapan kelas. Penulis juga dapat berkawan dengan seorang bernama Atang.  

Thursday 28 February 2013

Negara 5 Menara: Bab Keempat

Penulis menaiki bas L300 ke Pondok Madani. Bas itu tidak penuh. Penulis berbual dengan pelajar-pelajar lain sambil menaiki bas itu.

Apabila tiba di Pondok Madani, pelajar-pelajar yang mahu mendaftarkan masuk Pondok Madani diberitahu mereka harus mengambil ujian supaya diterima masuk. Dua ribu orang mengambil ujian itu tetapi hanya empat ratus diterima masuk. Penulis diberi dua hari untuk belajar untuk ujian itu. Untunglah dia diterima masuk.

Negeri 5 Menara: Bab Ketiga

Penulis bergegas ke Jawa Timur untuk mendaftarkan ke Pondok Madani. Masa pendaftaran Pondok Madani akan ditutup dalam masa empat hari dan perjalanan ke Jawa Timur mengambilkan masa tiga hari. Penulis menaiki bas ANS yang berhawa dingin dan ada tayangan video. Penulis dapat menonton filem Rambo: The First Blood Part II kerana Pakcik Muncak ada kaset video filem itu dan membenamkannya ke pemutar video.

Semasa perjalanan itu, ayah penulis berbual dengan seorang saudara kain yang bernama Pak Sutan. Mereka berbual tentang pendaftaran penulis ke Pondok Madani. Penulis sedang tidur-tidur ayam dan mendengar Pakcik Sutan mengatakan bahawa Pondok Madani adalah tempat untuk budak-budak nakal.

Apabila Bas ANS tiba di Terminal Ponorogo, penulis dan ayahnys ternampak sebuah papan tanda, "Ke Pondok Madani". Seorang lelaki yang bernama Ismsil Hamzah Maluku berdekati mereka dan menyuruh mereka mengikutinya jika mahu mendaftarkan masuk Pondok Madani.

Negeri 5 Menara: Bab Kedua

Penulis telah dapat keputusan peperiksaannya. Keputusannya adalah antara sepuluh yang tertinggi di Daerah Agam. Dia boleh mendaftar ke Sekolah Menengah Atas yang terbaik di Bukittingi, tetapi, ibunya mahu dia mendaftarkan masuk Madrasah Aliyah. Penulis menjadi marah dan bersembunyi di dalam biliknya untuk beberapa hari. Tiba-tiba, penulis mendapat surat daripada Pakcik Gindo, seorang pelajar di Mesir, yang mengatakan lebih baik untuk memasuki Pondok Madani.

Negeri 5 Menara: Bab Pertama

Penulis berada di Washington DC pada bulan Disember 2003 apabila dia dihubungi oleh rakan lamanya, Batutah. Ini berlaku sebelum penulis harus terbang ke Eropah untuk mewawancara Tony Blair, Perdana Menteri Britain di London.

Batutah mengatakan bahawa dia dan Raja akan berada di London pada masa penulis berada di London. Dia mahu bertemu dengan penulis dan Raja.

Saturday 16 February 2013

VIdeo kegemaran saya


Saya suka video ini kerana ia seperti permainan komputer kegemaran saya 'Assassin's Creed 3'. Lelaki itu sedang membuat 'parkour'. Video ini telah dibuat oleh devinsupertramp.