Tuesday, 12 February 2013

8/2/13, Jumaat

Pada hari Jumaat, Sekolah Menengah Xinmin ada persembahan Tahun Baharu Cina. Kegiatan Kokurikulum seperti Guzheng dan Tarian Cina telah mengambil bahagian dalam persembahan itu. Saya seronok melihat persembahan ini walaupun tidak faham apa mereka sedang berkata kerana mereka berbual dalam Bahasa Mandarin.

Sebelum itu, kelas saya telah pergi mengumpal baju-baju lama dan surat khabar di Blok 662. Saya ditugas untuk mengumpul barang-barang ini di tingkat 12. Kami dapat mengumpul banyak barang-barang lama sehingga kita tidak boleh berdiri di dalam lif yang kami guna untuk membawa barang-barang itu ke tingkat 1. Seorang warga tua Cina memberi kami sebuah kereta sorong. Kelas saya menggunakan kereta sorong itu untuk membawa barang-barang itu ke Blok 667.

Apabila akhir sekolah, ayah saya membawa saya ke Masjid Al-Mawaddah untuk bersolat Jumaat.

2 comments: