Thursday, 24 January 2013

Watak dan Perwatakan


Puan Ida mengajar kami tentang karangan naratif


Karangan Naratif: Buatkan tiga watak dan kembangkan perwatakannya:


1. Ezio - Seorang kawan dari negara Itali. Dia agak tinggi dan boleh berbual dalam bahasa Itali. Dia adalah seorang yang tidak suka berbual dengan orang dan akan berbual dengan kawan-kawan rapat sahaja. Dia selalu melulus peperiksaan dengan cemerlang. Dia suka menyertai pertandingan 'freerunning' atau 'parkour'

2. Hafis - Seorang kawan dari sekolah rendah. Kami telah berkawan sejak Darjah 2. Dia agak gemuk dan tinggi. Dia selalu dapat markah yang tinggi dalam peperiksaan. Dia sedang belajar di Sekolah Menengah North Vista.  Dia suka bermain mainan komputer seperti 'Call of Duty', 'Team Fortress 2' dan 'League of Legends'. Dia suka mendengar muzik 'Dubstep' yang dibuat oleh orang-orang DJ seperti Ephixa.

3. Danish Puzi - Seorang kawan dari sekolah rendah. Kami telah berkawan sejak Darjah 1. Dia seorang yang peramah dan suka bermain bersama orang lain. Dia belajar di Sekolah Menengah Bowen, yang berdekatan Sekolah Menengah Xinmin.  Dia agak rendah dan telah pakai cermin mata sejak sekolah tadika. Dia juga suka bermain mainan komputer dan mendengar muzik seperti Hafis. Dia ada fon kepala Razer, yang berharga $200.

1 comment:

  1. Ok, Bagus Rhyan, awak telah memberitahu saya tentang watak awak dengan baik... cuma tadi di kelas saya sedih mendengar cerita kawan- kawan awak yang telah terlibat dengan kemalangan... teruskan menulis ya. :-)

    ReplyDelete